La'Vere Corbin-Ong dan Matthew Davies dalam MSL2018



Lagi dua wajah pemain yang telah dibuat oleh Admin untuk MSL2018. Pemain import baru Johor D.T iaitu La'Vere Corbin-Ong dan pemain Pahang iaitu Matthew Davies. Kedua-dua pemain ini dibuat berdasarkan model pemain yang sedia ada di dalam PES2018 itu sendiri.


Gambar yang jelas yang dijumpai hasil carian di Google membolehkan Admin membuat wajah pemain-pemain ini dengan agak mudah. Dalam membuat wajah pemain untuk PES ini, gambar yang berkualiti memainkan peranan yang penting dalam penghasilan wajah yang cantik.


 

Selepas selesai membuat model pemain, ianya harus di cuba untuk melihat hasilnya. Untuk pengetahuan, di EDIT mode dan ketika di padang, wajah pemain ini akan kelihatan agak berbeza. Ianya juga sama seperti pemain-pemain lain. Mungkin kualiti di EDIT mode dan di padang adalah berlainan yang mana telah di set kan oleh Konami itu sendiri.




Share:

Pernahkah anda menggunakan patch MSL kami?

Ikuti Kami di FB

Beli PES2018 Original

Jumlah Pelawat

Ikuti Kami di Facebook
Powered by: MSL4PES