Diskaun 50% untuk PES2018 Platform PC


Berita baik buat pengguna PC. Steam telah memberi diskaun untuk permainan PES2018 sebanyak 50% bermula hari ini. Harga asal untuk edisi biasa adalah RM210 manakala edisi Barcelona adalah RM269. Masing-masing diberi diskaun sebanyak 50% menjadikan ianya hanya RM105 dan RM130. Lagi murah dari harga yang kami beli dahulu iaitu RM132 untuk edisi biasa.


Diskaun ini mungkin diberi untuk menggalakkan ramai menggunakan permainan yang tulen. Walaubagaimanapun, kami tidak mendapat info berapa lama diskaun ini akan diberi. Jadi jika anda memang mencari PES2018 dengan harga terendah, inilah masanya! Pastikan PC anda memenuhi spesifikasi bagi permainan ini sebelum anda membeli.


Lawat laman web Steam untuk keterangan lanjut.

Share:

Pernahkah anda menggunakan patch MSL kami?

Ikuti Kami di FB

Beli PES2019 Original

Jumlah Pelawat

Ikuti Kami di Facebook
Powered by: MSL4PES